Mama, tunggu kakak di Syurga

7:20:00 PM | 2Comments
Assalamualaikum :'D

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke-6 aku dalam minggu final exam and aku dah berjaya get through 2 papers dah subjek ELC093 and subjek LAW039. :) Ada lagi 6 papers to go. fuhhhh. Pray for me guys. :'D For those yang ambil MUET for July paper, aku konfirm mesti korang dah pun tahu result korang dapat band apa. huhu. and yeah aku pun antara manusia yang ambil Muet for July paper andddd result aku dirahsiakan. kahkahkah. tunggu laa nanti aku update entry pasal MUET. hewww~

Mama :')

Mama aku ni seorang wanita yang sangat penyayang and jugak sangat garang. waktu aku kecik dulu, jelingan mama aku tu je dah cukup buat aku gerun. tak payah susah susah mak aku nak marah aku, jeling je dah cukup buat anak dia ni stop buat something yang dia tak suka. hahaha. dulu, aku dengan mama aku ni kira macam BFF forever. Dialah mama, dialah guru, dialah sahabat. She everything to me. :') since aku kecik, aku bukan jenis yang selalu keluar main dengan kawan kawan. Kalau gi main pun, aku main area rumah aku je takpun nak jauh sikit pi lah main dengan Diana anak makcik Mah sebelah rumah aku tu. Tapi aku lagi suka spend time dengan mama aku daripada berjimba dengan kawan kawan. Mama aku ni suka bercerita. Aku ingat lagi, mama aku dulu suka cerita macam macam kisah haiwan and paling best sekali bila mama aku cerita pasal "hantu bulu ketiak merah" and "hantu stokin". hahaha. dua cerita tu kalau mama aku cerita kat aku dengan adik aku, huhu memang cukup buat kiteorang takut nak gi tandas waktu malam. sampaikan sanggup tahan kencing sampai subuh. :p

Mama aku jugak sangatt terer masak. semua masakan dia memang perghhh sedapppp boh. tambah tambah masakan kampung. sedapppnya sampai boleh terasa rasa sekarang ni. :') waktu aku darjah 6 tak silap aku, mama aku pernah ajarkan satu resepi untuk aku. mama aku ajar masak udang goreng kunyit tapi versi mama aku udang goreng kunyit tu berkuah sikit. waktu aku berjaya masak tu, perasaan eksaited dia mengalahkan apa. punyaalah tak sabar nak tunggu papa ngn tokwan aku balik kerja rasa udang goreng kunyit yg aku masak. tu lah satu satunya resepi yg mama aku sempat ajar aku. :D

Dulu waktu aku umur 6 tahun, aku dah pandai baca buku cerita. rasa bangga sangat lah bila dah pandai baca ni. rasa macam dalam kelas tadika tu aku paling bijak lah. hahaha. buku pertama mama aku belikan dekat aku masa tu, kisah sang kancil dengan harimau. dok ulang ulang lah baca. Aku rapat sangat dengan mama aku sampai rasa tak boleh nak pisah. tiap kali mama aku nak pi kerja, mesti ada adegan nangis-peluk-tanak berenggang dengan mama aku. hahaha. sekali dengan adik aku pun sama. punyalah tanak pisah sampai camtu sekali. huhu. sungguh, aku rindu zaman kanak kanak aku. rindu zaman kene marah dengan mama, kena rotan dengan papa dekat punggung sebab kunci adik dalam bilik, main bunga api sampai tangan adik terluka, panjat pokok manggis pakai skirt. hahaha. tak sangka aku boleh tahan nakal jugak dulu. rotan dengan aku berpisah tiada. kahhh.

Tarikh hari ni merupakan Hari Jadi arwah mama aku. :') dah 5 tahun mama pergi meninggalkan aku, papa and tiga orang adik aku yang lain. Dulu aku selalu cakap dekat mama aku yang aku tak boleh pisah dengan mama aku, tak boleh berenggang kalau tak nanti aku akan menangis, aku takut. Tapi tak sangka dah lima tahun aku berpisah dengan mama. dan aku juga tak sangka aku mampu teruskan hidup aku walau tanpa dia dekat sisi sebab aku selalu rasa yang mama sentiasa ada sebelah aku. Sentiasa tersenyum dekat aku. Sentiasa perhatikan aku and bila aku tengah down gila, aku dapat rasa yang mama ada berikan aku semangat. Sebab tu aku cuba bangkit dan terus kuat. aku anak sulung and tanggungjawab yg aku pikul besar. Aku masih ada papa ada tiga lagi orang adik yang kuat gaduh, banyak cakap and kuat makan. Aku perlu kuat untuk dorang dan teruskan hidup ni jadi someone yang one day boleh bantu ramai orang. :')

Mama, tenang lah mama di sana. Kakak yakin mama dah bahagia dekat sana. Kakak masih ingat pesan mama dan nasihat mama sebelum mama pergi. InshaAllah mama, kakak akan berusaha untuk jadi orang yang berjaya dan mampu bantu keluarga kita. :') Selama Hari Jadi mama. Kakak sayang mama sangat-sangat. No one can replace u inside my heart. Di hati kakak, mama sentiasa 'hidup' and selalu perhatikan kakak dari jauh. :'D

Al-Fatihah.

Terima Kasih sudi baca ! :')

2 comments:

Lieya Yaya :) said...

hmmm sapa ptong bawang kt sini ni . hmm hmm . sebak hati baca . al fatihah ..
kita sama laa atin, akak pun jens rapst gn mak akak,jarang laa nak keluaa jimba2 dgn kawan .lbh suka dok rumah dgn mak, belaja masak..happykan mak..mcm2 laa kan..
akak respect sgt kt atin, sb atin kuat lalui smua ni tnpaa mama disisi wlpn mesti ambil masa nk biasakn diri tnpa org kita syg.. stay kuat atin !! muahh ciked :*

♥Fatin Annis♥ said...

@Lieya Yaya :) : Terima Kasih akak . :') inshaAllah atin kuat ! :'D

COPYRIGHT © ALL RIGHT RESERVED BY FATIN ANNIS 2010-2016